Thursday 30 June 2022

Bab 1 : Penindasan

"Bunuh!!"  "Bunuh!!"  "Bunuh!!"

"BUNUH KESEMUANYA!!! Jangan tinggalkan walau seorang pun. HAPUSKAN kesemuanya!!!" 

"Makkkkkkkkkkkkk!!!!!!  Ayahhhhhhhhh !!!!!!!!! MAKKKKK!!!!!", teriak seorang budak lelaki yang berumur sekitar 6 tahun.

"Jangan serang kami!! kasihanilah kami!!! Apa salah kami??!!!!!", teriak seorang wanita tua yang berumur sekitar 60-an dengan nada yang takut sambil menangis teresak-esak.

"HAHAHAHAHAHAHAAHAHAHAAHAHAHAHA!!!!!!", kedengaran satu suara yang sedang kuat ketawa.

Kedengaran pula suara yang berkata,

"Inilah hukuman yang perlu diterima akibat berani menentang kami. Keadilan? Pui!! Keadilan apa lagi yang kalian mahukan? Tidak cukup "adil" lagikah layanan kami terhadap kamu semua selama ini? Layanan bagaimana lagi yang kalian mahukan? Bagitahu aku cepat!! Mahu biji mata anak-anak kalian dicungkil? HAHAHAHAHAHAHAHAHAAHA!!!! Matilah kamu bangsa bodoh!!!"

Satu suara lagi berkata,

"Ketahuilah, ini semua sudah menjadi takdir kehidupan yang telah ditetapkan untuk kamu. Kamu dan seluruh keturunanmu sudah ditakdirkan untuk sengsara buat selama-lamanya"

Suara lain pula berbunyi,

"Salah kamikah kamu hidup sebegini rupa? Tidak, bukan salah kami. Kami tidak buat apa-apa pun. Adakah kami yang menentukan kelahiran kamu ke atas dunia ini? Tidak bukan?!! Ini semua adalah salah kamu sendiri kerana kamu lahir sebagai bangsa syaitan yang keji" 

"Jadi kamu tiada hak untuk bersuara dan menyebut tentang keadilan di hadapan kami"

Teriakan yang deras: 

"Teruskan serangan!!!! Bunuh kesemuanyaa!!!! BUNUH!!!!!!!!!!!!!!"

Pada malam itu, letupan demi letupan, tembakan demi tembakan dilepaskan tanpa belas kasihan. Anak-anak kecil disembelih habis-habisan. Perempuan mahupun lelaki yang dewasa, tua dan muda dibantai habis-habisan oleh berbatalion tentera dengan kejam sekali tanpa tinggal sekelumit sifat perikemanusiaan dalam jiwa mereka.

Pada malam itu, bergegarlah sebuah kota yang terletak di pinggir sebuah negeri yang jauh terpencil dari pusat ketamadun manusia pada ketika itu. Tangisan kanak-kanak jelas kedengaran di serata kota dan lautan darah membanjiri seluruh pinggir kota. Api terbakar dengan begitu marak di seluruh bangunan. Mayat-mayat bergelimpangan di setiap lorong. Sungguh mengerikan suasana pada malam tersebut.

Di sebalik bunyi dentuman dan hiruk-pikuk kekacauan yang terlampau kuat, terdengar satu lagi suara lelaku yang sangat kuat menjerit dengan nada yang penuh kemarahan,

"BAZIL TAK GUNA!!!!!!! SIAL KAU!!!!!!!! SEMUA NI SALAH KAU!!!!!!!!! AKU TAK AKAN MAAFKAN KAU!!!!! SEMOGA KAU MAMPOS DAN TERSEKSA DI NERAKA!!!!!"

Begitulah juga bergema lagi puluhan mahupun ratusan suara manusia dari bandar tersebut yang menjerit,

"TAK GUNA KAU BAZIL!!!" "SIAL KAU BAZIL!!!" "PERGI MAMPUSLAH KAU BAZIL!!!" "KAU PUNCA SEMUA INI BERLAKU!!!! SIAL KAU!!!" 



"PENANTIAN SELAMA 1000 TAHUN INI HANCUR KERANA KAU!!!!"



Dan suara-suara kutukan dan cacian itu terus berbunyi lagi dan lagi, lagi dan lagi, menjadi semakin kuat, semakin laju, semakin serabut bunyi tersebut didengari. 

"ahhh, ahh, jangan, jangan, tidak, bukan, bukan begitu, jangannnn, JANGANNNNNNNNNN!!!!" desah seorang lelaki dengan nada keresahan dan nafas yang berhempas pulas.

"BAZIL!!!!!! BANGUN!!!!! DAH LAMBAT NI!!!!" jerit seorang perempuan. 

"AHH!!!" Kelihatan seorang remaja lelaki belasan tahun terbangun secara mengejut dari tidurnya.

*Note: Latar tempat dah berubah. Bukan lagi suasana kota yang diserang. Tapi sekarang suasana dalam rumah, dalam bilik tidur seorang remaja lelaki*

___________________________________________________________________________________

"mimpi itu lagi" keluh remaja tersebut yang kelihatan pucat.

"*knock knock*(bunyi ketukan pintu bilik remaja itu)" "Bazil, tak siap lagika, cepat siap, dah lewat dah ni, bekal kamu mak letak atas meja ya" ujar ibu kepada remaja tersebut.

Remaja lelaki tersebut yang dipanggil dengan nama BAZIL, perlahan-perlahan bangun dari katilnya dalam keadaan mahu tidak mahu sambil berkata "baik mak, bazil nak turunlah ni"

Bazil terus ke satu-satunya kamar mandi di rumahnya dan membersihkan diri. Kemudian, dia mempersiapkan dirinya dengan memakai uniform sekolah berwarna hitam. Di uniform tersebut,  kelihatan lencana sekolahnya yang tertulis "Novus Ordo Seclorum" berserta satu bintang berwarna putih. 

Bazil terus turun sambil menggalas beg sekolahnya yang kelihatan lusuh berwarna putih dan terus mengambil bekal makanan yang disediakan oleh ibunya dan mencium tangan ibunya. Dan dia terus berjalan keluar dari rumahnya. Kelihatan rumahnya terletak di sebuah taman perumahan yang mana rumah-rumah di kawasan itu kelihatan kecil dan daif. 

Bazil yang merupakan seorang remaja yang berumur 17 tahun pergi ke sekolah hanya dengan berjalan kaki. Sekolah terletak agak jauh dari rumahnya kira-kira 3KM, jadi dia perlu gerak lebih awal dari rumahnya untuk ke sekolah. 

"Hmmm.. Perlu ke sekolah lagi ke harini..." keluh bazil sambil berjalan menuju ke sekolahnya.

Dalam perjalanannya ke sekolah, setelah keluar dari kawasan perumahannya, dia kemudian lalu di suatu pasar yang sedang menjual makanan dan bahan mentah (ikan, ayam, daging).

"Mari beli!! Mari beli!!! Dapatkan ikan segar di sini!!!" jerit seorang penjual ikan yang ingin menarik perhatian pelanggan untuk membeli ikannya. 

Kelihatan di warung yang menjual ikan tersebut, sebuah papan putih yang memaparkan harga 1 kg ikan kembung:

RM 5 untuk ALPHA

RM 8 untuk BETA

RM 12 untuk DELTA, GAMMA & OMEGA

RM 30 untuk SYAITAN SIGMA (SIGMA DEVIL)

*note: harga sekilo ikan kembung gred A di malaysia adalah sekitar RM12 https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/01/796291/harga-ikan-kembung-turun-harga-sayur-stabil*

"Hmph..." desah bazil sambil memandang papan harga itu.

Bazil terus berjalan dan kini sudah memasuki kawasan bandar, bandar tersebut bernama New Birmingham City dan terletak di geografi United Kingdom berdasarkan alam realiti penulis. Dan kelihatan juga suatu papan iklan yang besar memamparkan tarikh dan hari untuk hari tersebut, iaitu 16 Januari 2087 sambil turut memaparkan kata-kata "ALL HAIL ALPHA" 

Kini, sudah diketahui bahawa Bazil tinggal di benua eropah dan ada sesuatu yang istimewa berkenaan perkataan "Alpha".

Pasti pembaca semua tertanya-tanya apa itu alpha? Apa itu delta, gamma dan omega? Syaitan Sigma? Itu semua merujuk kepada apa dan siapa sebenarnya? 

Kesemua terminologi yang dinyatakan tadi merujuk kepada bangsa-bangsa yang hidup dalam The New World Order, iaitu sebuah empayar raksasa yang dikatakan secara geopolitiknya memerintah seluruh pelosok dunia dan empayar ini dari sudut politik, sektor-sektor ekonomi, jawatan-jawatan besar dalam perkhidmatan awam dan majlis-majlis bandar rata-ratanya didominasi oleh bangsa Alpha. Dan bangsa Alpha ini dijuluki sebagai "Bangsa Pemerintah Dunia" kerana empayar mereka ini merangkumi keluasan lebih 2 per 3 dunia setelah peristiwa The Abandon War 70 tahun yang lalu. Baiklah tidak perlu pergi dengan lebih mendalam lagi berkenaan hal tersebut.

Setelah agak lama berjalan, Bazil akhirnya tiba di hadapan gerbang sekolahnya. Sekolah menengah tinggi tersebut bernama SASER Academy. Sekolah itu adalah sekolah untuk pelajar lelaki sahaja dan terdiri daripada 732 orang pelajar, hanya untuk form 4 (umur 16), form 5 (umur 17) dan form 6 sahaja (umur 18) - 478 pelajar Alpha, 150 pelajar Beta, 15 orang pelajar Sigma ....













Sunday 26 June 2022

BREAKING NEWS: "SIGMA SUPREME LEADER" HAS BORN

1. Wan Aliff Bazil telah disahkan sebagai Sigma Supreme Leader yang wujud di alam ini !!!!!!!

2. Kewujudan beliau merupakan suatu titik yang paling besar dalam sejarah Dunia Manusia. 

3. Beliau yang sudah ditunggu-tunggu oleh seluruh bangsa sigma sejak ribuan tahun dahulu kini sudah dilahirkan dan bakal menjadi pencetus kebangkitan Bangsa Sigma di atas muka bumi ini. 

3. Ini bakal mengancam kedudukan geopolitik pemerintahan dunia yang kini masih dicengkam oleh Bangsa Alpha sejak berkurun lamanya selepas peristiwa kejatuhan Empayar Besar Dunia iaitu The Great Ancient Kingdom of Oligo yang telah ditumbangkan oleh Bangsa Alpha sekitar 10,000 tahun dahulu.

Adakah HURU-HARA TERBESAR OLEH UMAT MANUSIA AKAN BERMULA??!!!?!?!?

APAKAH YANG BAKAL BERLAKU SETERUSNYA????!!!

ADAKAH BANGSA ALPHA AKAN BERDIAM DIRI SETELAH MENGETAHUI BERITA INI??????????

PERSOALANNYA LAGI, ADAKAH PERISTIWA INI JUGA BAKAL "MENARIK KELUAR" SEBILANGAN KECIL BANGSA OLIGO YANG MASIH TERSISA SETELAH PERISTIWA "THE GENOCIDE OF OLIGOS" YANG SECARA KEJAMNYA DILAKUKAN OLEH LELUHUR BANGSA ALPHA SUATU KETIKA DAHULU ?????????!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

KEBENARAN AKAN TERSINGKAP TIDAK LAMA LAGI

SAKSIKANLAH UMAT MANUSIA SEKALIAN

DUNIA SUDAH MULA MEMASUKI ERA BAHARU

ERA DI MANA BANGSA SIGMA BAKAL MENZAHIRKAN DIRI MEREKA & DAN MENERAJUI HIERARKI DUNIA


SIGMA CLAN vs ALPHA CLAN starts !!!!!!!!!!!!